LOKASI percutian yang memenuhkan mood santai, beriadah, dan naluri adventure anda!
Bagi pencinta alam semulajdi, anda boleh mencerap keindahan ekosistem
dari dek khas bumbung inap kabin, yang pasti memberi keriangan seisi keluarga.
Alami pengalaman malam yang tenang di kabin yang terletak di
perkampungan nelayan tradisional. Beli sendiri hasil laut untuk BBQ di kabin
- atau sebagai ole-ole belacan dan ikan
masin jika stok masih ada!
Nikmati pengalaman bersampan* menyusur sungai berekosistem
bakau, atau berskuba di Pulau Perhentian** dengan jurulatih profesional
pemegang PADI.
Kepada ulat buku atau pencinta alam sekitar, sambil anda
memenuhi masa dengan membaca atau menikmati pemandangan, kolam renang untuk
anak-anak juga disediakan.
Membawa anak-anak ke pantai bermain di gigi ombak atau membina
istana pasir pantai juga idea yang baik untuk mengikat talian kekeluargaan.
Pada sebelah petang anda boleh berbasikal sejitar kampung Benting
Lintang atau menyusur pantai dan melihat sendiri nelayan turun ke laut atau
naik ke darat sambil menikmati bayu laut.
Sebelah malam, bawa keluarga menikmati ikan bakar yang famous
di jambatan menghala ke Besut.
Terengganu? Ermmm… negeri indah, makanan pun sedap…
Terokai keunikan pekan Besut yang kaya dengan pelbagai makanan
tempatan – nasi dagang, nasi kerabu, keropok leko, sata, otak-otak, ikan bakar,
ketupat sotong, telor sotong (bermusim), masakan panas siam, nasi berlauk dan
banyak lagi!
Jom. Tunggu apa lagi!
Buat tempahan sekarang atau walk-in sahaja di inap kabin kami!
No comments:
Post a Comment